Kelas Softskill (Kemahiran Berkomunikasi)

12 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 11 Julai 2020, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Softskill iaitu ‘Kemahiran Berkomunikasi yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 4 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk mengingatkan semula dan merupakan kelas ulangan kepada peserta yang pernah mengikuti kelas ICT sebelum ini. Kelas ini merupakan kelas softskill atau kemahiran insaniah yang menumpukan pada salah satu prinsip dalam kemahiran insaniah iaitu kemahiran berkomunikasi.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta pada awal kelas diterangkan definisi softskill itu sendiri dan kesemua 7 prinsip yang terdapat dalam kemahiran insaniah bermula dari kemahiran komunikasi hinggalah ke prinsip terakhir iaitu kemahiran kepimpinan. Seperti biasa, peserta diterangkan definisi dan konsep kemahiran komunikasi di mana terdapat penghantar mesej, saluran, penerima dan maklum balas. Peserta turut diterangkan apa itu dan perbezaan antara pesanan verbal, non-verbal dan paraverbal. Kemudian, mereka dijelaskan contoh-contoh komunikasi berkesan seperti mesej yang disampaikan difahami oleh penerima serta penerima dapat berkongsi maklumat tersebut kepada orang lain. Selain itu, peserta turut diterangkan jenis-jenis komunikasi seperti komunikasi lisan, bukan lisan dan bertulis. Akhir sekali, peserta dijelaskan bentuk-bentuk komunikasi seperti komunikasi bentuk intrapersonal, interpersonal, berkumpulan, organisasi, silang budaya dan teknologi.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali